Waspada cuaca kering
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mac – Bulan ini dikategorikan sebagai bulan terkering dengan jumlah turunan hujan yang terendah berbanding bulan-bulan lain yang disebabkan oleh fasa kedua musim timur laut, mengikut klimatologi Negara Brunei Darussalam. Menurut kenyataan dari Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD), walaupun aktiviti turunan hujan di tahap minimum, keadaan atmosfera dijangka stabil dan

































