Thursday, August 11, 2022
23.3 C
Brunei

Waspada cuaca panas, elak strok haba

-

KUALA LUMPUR, 16 MEI – Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, beliau mencadangkan orang ramai supaya sentiasa meminum air yang mencukupi, mengelak daripada melakukan senaman yang sukar dan tidak perlu, berada di kawasan yang lebih nyaman dan redup selain daripada memantau simptom keletihan kerana kepanasan dan strok haba.

Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham juga berkongsi langkah yang boleh diambil jika didapati ada simptom keletihan dan strok haba termasuk berada di kawasan yang lebih sejuk atau dilengkapi penyaman udara dan mandi air sejuk atau gunakan jaram sejuk.

Beliau juga berkongsi sebuah poster mengenai kuantiti air yang diperlukan tubuh manusia ketika peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas berasaskan berat badan seseorang daripada 45 kilogram (kg) yang memerlukan 1.9 liter air kepada 90kg yang memerlukan 3.9 liter air.

Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh menghubungi talian 911 jika mereka mengalami sebarang simptom dan perlu bertindak segera untuk menyejukkan tubuh pesakit sehingga bantuan tiba. – Bernama

Pengunjung merakamkan gambar semasa cuti awam di Pantai Telok Kemang, Port Dickson. Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak strok haba ketika Malaysia mengalami peningkatan suhu dan cuaca semakin panas. –Bernama
Artikel sebelum iniHarga gandum melonjak
Artikel seterusnyaCOVID: 297 kes baharu dilaporkan
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Virus Langya jangkiti 35 individu di China

BEIJING, 10 OGOS – Saintis-saintis telah mengesan virus baharu yang dikatakan berasal dari haiwan di timur China yang telah menjangkiti puluhan orang, lapor BBC...
- Advertisment -