Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Waspada dengan talian tidak dikenali

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Orang ramai melahirkan kebimbangan apabila ada yang melaporkan menerima panggilan dalam berbahasa Cina yang menyatakan dari Kementerian Kesihatan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menasihatkan orang ramai supaya tidak menjawab panggilan tersebut dan berwaspada terutama sekali jika panggilan tersebut meminta untuk mengongsikan maklumat dan data-data peribadi.

    Pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato turut mengulas persoalan mengenai keperluan untuk melakukan pembersihan menggunakan mesin fogging.

    Yang Behormat Menteri Kesihatan berkata, “Seperti yang dikongsikan sebelum ini, pembersihan tidak perlu dilakukan dengan menggunakan fogging tapi ia cukup dengan membersihkan menggunakan detergen biasa saja.

    “Pembersihan hendaklah dilakukan di tempat-tempat permukaan meja dan di mana saja tangan mudah berada seperti tombol pintu dan sebagainya,” jelasnya.

    Tapi, tambah beliau, jika merasakan perlunya melakukan pembersihan menggunakan mesin fogging, itu terpulang kepada masing-masing tapi ia memadai dengan membersihkan menggunakan detergen biasa yang terdapat di rumah saja.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...