Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Waspada di Jambatan SHOAS kawasan Labu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS), kawasan Labu, T10.5KM hingga T7.5KM dan T6.0KM hingga T0.0KM, hala Temburong (sila rujuk peta) untuk berwaspada dan berhati-hati ketika menggunakan jambatan berkenaan disebabkan kerja-kerja serta merta bagi membersihkan pokok-pokok berhampiran jambatan tersebut yang telah bermula 1 Mac lalu sehingga 23 Ogos depan.

    Sehubungan dengan itu, JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menasihatkan orang ramai untuk mematuhi tanda-tanda lalu lintas yang disediakan serta memandu dengan perlahan ketika mendekati kawasan berkenaan bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123) ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi di mana kerja-kerja pembersihan pokok berhampiran jambatan dijalankan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...