Waspada di kawasan zon merah

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Antara 31 Oktober hingga 6 November, terdapat dua buah mukim yang mempunyai kes positif melebihi 80 kes positif.

Mukim-mukim berkenaan Mukim Kilanas yang mencatatkan 88 kes, dan Mukim Sengkurong yang mencatatkan 84 kes.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan hasil penelitian dijalankan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai keberadaan kes-kes positif yang dikesan di negara ini semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di kawasan-kawasan zon merah.

Rajah menunjukkan kawasan zon merah di Mukim Kilanas dan Mukim Sengkurong yang mencatatkan lebih 80 kes. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan