Waspada e-mel entiti palsu

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam menyeru syarikat-syarikat di Negara Brunei Darussalam supaya berhati-hati apabila menerima e-mel daripada entiti yang mendakwa mewakili kedutaan berkenaan.

Kedutaan AS, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa kedutaan berkenaan telah mengambil maklum mengenai entiti yang mendakwa untuk mewakili kedutaan berkenaan dan meminta pesanan pembelian bagi penyongsang kuasa solar (solar power inverters) di mana ia merupakan satu cubaan yang menyasarkan syarikat-syarikat binaan tempatan bagi membuat pembayaran untuk kontrak-kontrak palsu.

Dalam hubungan itu, pihak kedutaan menasihatkan syarikat-syarikat tempatan untuk berhati-hati jika menerima e-mel daripada entiti berkenaan yang menggunakan alamat e-mel seperti [email protected], [email protected] atau [email protected]

Kenyataan menegaskan lagi bahawa pertanyaan daripada pusat perhubungan adalah penipuan dan tidak sama sekali mewakili pihak kedutaan.

Kenyataan seterusnya menyatakan bahawa jika mana-mana syarikat yang menerima permohonan tender yang disyaki palsu, mereka boleh menghubungi pihak kedutaan melalui [email protected]