Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Waspada hujan berterusan

    KUALA LUMPUR, 27 OKT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak, Sabah dan Labuan bermula Sabtu hingga Isnin ini.

    Menurut kenyataan Met-Malaysia, kawasan di Sarawak melibatkan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

    Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...