Waspada jadi ‘keldai dadah’
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jan – Golongan belia disarankan untuk mempunyai pendirian yang teguh dan untuk tidak mudah terpengaruh dengan perbuatan rakan-rakan yang kurang berfaedah. Sikap mudah terpengaruh atau terikut-ikut itu boleh dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk pengedar dadah yang sentiasa mencari mangsa yang mudah terpedaya untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik

































