Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Waspada penularan COVID-19 semasa TBC

    BINTULU, 7 JAN – Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyeru masyarakat agar mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang akan disambut awal Februari depan.

    Ini selepas Bintulu merekodkan kes positif COVID-19 baharu melibatkan 15 orang daripada 16 keluarga sejurus pulang dari luar negara baru-baru ini.

    Sebelum ini Bintulu diklasifikasikan sebagai zon hijau iaitu tiada kes positif COVID-19 sejak beberapa bulan lepas. 

    “Saya ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur ope-rasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata walaupun Sarawak telah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan diberi pelbagai kelonggaran aktiviti, namun masyarakat tidak boleh mengambil sikap sambil lewa kerana keadaan di Bintulu masih membimbangkan.

    “Hanya dalam sekelip mata sahaja kes boleh meningkat kepada hampir dua digit. Ini jelas menunjukkan kita masih belum menang dan mesti terus berwaspada serta tidak lalai dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan,” kata Tiong yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...