Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Waspada penyakit CTE

    LOS ANGELES, 27 JULAI – Penyelidikan baharu yang dijalankan oleh sepasukan pakar antarabangsa mendapati orang yang bermain sukan kontak seperti bola sepak Amerika, ragbi dan bola sepak, berdepan risiko tinggi untuk menghidap penyakit otak degeneratif, menurut satu kenyataan kelmarin.

    The Concussion Legacy Foundation berkata, berdasarkan analisis pakar di universiti di Amerika Syarikat (AS), Australia, New Zealand, Brazil dan Britain, mereka telah menemui bukti ‘konklusif’ bahawa gegaran berulang di kepala boleh menyebabkan penyakit otak ensefalopati traumatik kronik (CTE).

    Pada masa yang sama, penyelidik memberitahu bahawa makmal pengumpulan otak yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertahanan AS, Universiti Boston, Jabatan Hal Ehwal Veteran AS dan Klinik Mayo memperlihatkan semua kajian yang diterbitkan menunjukkan atlet sukan kontak adalah 68 kali lebih berkemungkinan untuk menghidap CTE berbanding mereka yang tidak aktif bersukan.

    The Concussion Legacy Foundation turut menggesa badan-badan sukan global untuk mengakui kesaling-hubungan di antara gegaran di kepala dan CTE.

    Yayasan tersebut turut menambah, mesikpun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dan Liga Bola Sepak Kebangsaan telah membuat pengiktirafan sedemikian, organisasi seperti badan induk bola sepak FIFA, Ragbi Dunia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

    Seorang lagi profesor sains kesihatan alam sekitar dari Universiti Michigan, Adam Finkel berkata, impak di kepala yang berulang adalah sebanding dengan tahap bahaya kesihatan umum yang lain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...