BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Serangan siber melalui ransomware ‘Petya’ yang serupa dengan ‘Wannacry’ telah dilaporkan merebak di seluruh dunia mengakibatkan komputer dengan sistem perisian ‘Windows’ yang tidak dikemaskini tidak dapat diakses sehingga pengguna terpaksa membayar wang tebusan.
Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Siber akan terus memantau situasi ini dan menggesa orang ramai untuk mengambil langkah-langkah keselamatan seperti sentiasa melakukan data backup, memastikan sistem komputer dan perisian termasuk antivirus dikemas kini, menghapuskan emel yang mencurigakan serta tidak membuka pautan yang mencurigakan.
Sebarang insiden keselamatan siber bolehlah dilaporkan kepada pihak Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT) melalui talian hotline 2458001 atau emel cert@brucert.org.bn.