Isu penipuan siber atau scam bukanlah satu isu yang boleh dipandang ringan.
Walaupun individu sentiasa berhati-hati dan berwaspada berdasarkan pengetahuan modus operandi dan cara mengelaknya yang banyak disebarkan di media sosial mahupun media massa, namun para penipu siber ini semakin bijak melakukan penipuan.
Malahan penipuan siber ini semakin berleluasa bukan sahaja pada hari biasa, tetapi menjelangnya perayaan besar.
Sementelah lagi, ia kini bukan hanya dilakukan orang luar, malahan orang kitani sendiri pun sudah pandai melakukan helah dan tipu daya untuk meraih wang dengan cara mudah.
Misalnya, pada puasa dan raya yang akan menjelang tiba, mereka ini akan cuba menawarkan promosi luar biasa yang mampu menarik pelanggan.
Saya sendiri melihat lambakan jualan baju raya, kuih raya dan sebagainya yang mula kelihatan di laman-laman web dengan harga yang jauh lebih murah dan tidak hairanlah, mungkin ada antaranya jualan oleh sang penipu siber ini.
Satu cara baharu bagi penipu siber luar ialah menggunakan nombor telefon tempatan bagi mengaburi mata rakyat yang melihat iklan yang ditawarkan.
Oleh itu, kita hendaklah peka agar tidak mudah terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan penipuan siber ini.
Mat Bond