Waspada terima tawaran pinjaman Tidak berlesen
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mendapati beberapa iklan menawarkan perkhidmatan meminjamkan wang bagi melunaskan pinjaman kewangan di bank-bank dan syarikat kewangan, yang mengenakan kadar faedah berlebihan dalam bentuk caj perkhidmatan. AMBD dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, menjelaskan iklan-iklan tersebut ditawarkan melalui laman media sosial seperti


































