Watford akhiri rekod tanpa kalah Liverpool

WATFORD, 1 MAC – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada pasukannya bahawa Piala Liga Perdana Inggeris masih belum dalam genggaman mereka selepas menamatkan rentetan 44 kemenangan liga di tangan Watford, kalah 3-0 pada Sabtu.

Liverpool yang menikmati jurang kelebihan 22 mata berada di kedudukan teratas liga, tetapi aksi mereka hambar selepas pulang dari cuti musim sejuk pada awal bulan lalu dan kini kelihatan seolah-olah menghukum mereka.

Ismaila Sarr yang menjaringkan dua gol dan mata penyudah Troy Deeney 18 minit sebelum tamat masa perlawanan telah melenyapkan harapan Liverpool untuk menjadi juara liga dalam tempoh 30 tahun dengan rekod tanpa kalah.

“Apa yang dilakukan oleh mereka setakat ini adalah luar biasa tetapi ia belum lagi berakhir,” kata Klopp.

“Kami tidak menjangkakan jumlah perlawanan yang kami menangi. Ia tidak mudah dan ia tidak akan pernah mudah, jadi kami mesti teruskan perjuangan.”

“Anda memecah rekod kerana anda 100 peratus fokus dalam setiap langkah yang anda lakukan,” Klopp menambah. “Untuk itu kami mesti beraksi sedaya upaya. Malam ini kami tidak cukup bagus.”

Sementara itu, pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk memberitahu “Kami tidak boleh menerima kekalahan 3-0 di sini, kami mahu bangkit dengan segera.”

Dengan keputusan perlawanan semalam, Liverpool masih memerlukan empat perlawanan untuk memenangi trofi Liga Perdana Inggeris. – AFP

Aksi ketua pasukan Watford, Troy Deeney ketika membuat percubaan semasa perlawanan Watford menentang Liverpool di Stadium Vicarage Road kelmarin. – AP