Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Watford FC kecewa keputusan seri

    LONDON, 22 JAN – Pengurus Watford, Slaven Bilic, kelmarin kecewa selepas keputusan seri 1-1 di tempat sendiri menentang Rotherham, yang tidak memberi kesan kepada harapan pasukannya untuk dipromosikan secara automatik ke Liga Perdana.

    Gol dijaringkan oleh pemain pertahanan Watford, Joao Ferreira pada awal separuh masa kedua sekali gus menyamakan kedudukan gol pembukaan pada babak separuh masa pertama oleh Shane Ferguson.

    Watford juga membuat percubaan dua kali tetapi tidak berhasil, menimbulkan kegusaran penyokong Rotherham di Vicarage Road.

    Watford menduduki tempat ketiga, 13 mata di belakang Sheffield United yang berada di tempat kedua dan 18 mata jauh di belakang pendahulu Burnley dalam perlumbaan untuk ke Liga Perdana.

    “Saya kecewa dengan keputusan itu, jelas sekali,” kata Bilic. “Rancangannya adalah untuk menang, tidak kira betapa sukarnya setiap perlawanan, terutamanya dalam kejohanan ini.

    “Kami bermula dengan baik, terutama di bahagian kanan, dan saya memberitahu mereka yang saya tidak akan meminta lebih daripada mereka pada masa ini, tetapi kami kehilangan kualiti yang cukup di tengah dan terutamanya di bahagian depan.” – AFP

    Slaven Bilic, pengurus Watford FC, kecewa de-ngan keputusan seri pasukannya menentang Rotherham kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...