Watford pecat Quique Sanchez

LONDON, 2 DIS – Watford memecat pengurus keduanya musim ini, Quique Sanchez Flores, hari ini kurang tiga bulan dia mengendalikan kelab tercorot Liga Perdana itu.

Pengendali dari Sepanyol itu hanya mampu mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan pada penampilan keduanya di Vicarage Road selepas menggantikan Javi Gracia pada September.

“Quique adalah lelaki yang mempunyai integriti yang hebat dan jelas dia mahu mendapatkan impak yang positif tetapi keputusan perlawanan menentukan tindakan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Watford, Scott Duxbury. – AFP