Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Watford teruk dibelasah The Citizens

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 24 APRIL – Pep Guardiola memuji prestasi menakjubkan Gabriel Jesus selepas pemain warga Brazil tersebut menja-ringkan empat kali ketika Manchester City membelasah Watford 5-1 untuk menyumbang empat mata di puncak Liga Perdana kelmarin.

    Jesus mencuri perhatian ramai di Stadium Etihad dengan menjaringkan tiga atau lebih banyak gol Liga Perdana yang pertama dalam karier bolasepaknya.

    Penyerang berkenaan hanya menjaringkan satu gol dalam liga sejak September lalu tetapi dia membelasah Watford dengan persembahan penyudah yang terbaik.

    Dia menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum pemain Watford, Hassane Kamara mengurangkan defisit buat seketika.

    Rodri memulihkan kelebihan dua gol City dan Jesus memperoleh dua lagi gol selepas separuh masa pertama untuk melengkapkan kemenangan.

    Reaksi Gabriel Jesus selepas menjaringkan gol keempat pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Watford di Stadium Etihad, Manchester, England, kelmarin. – AP

    Selepas tewas kepada Liverpool dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada minggu lalu, pasukan Guardiola berazam untuk mengekalkan gelaran tersebut.

    Mereka telah menewaskan Brighton 3-0 pada Rabu lalu dan kedudukan Watford di tempat kedua tercorot mengekalkan tekanan ke atas Liverpool yang berada di tempat kedua.

    Anak buah Jurgen Klopp boleh merapatkan jurang kembali kepada satu mata jika mereka menewaskan Everton dalam perlawanan derby Merseyside di Anfield pada hari ini.

    Dalam perebutan kejuaraan yang kelihatan seperti telah ditakdirkan, City mempunyai baki lima perlawanan liga ketika mereka memburu mahkota Inggeris keempat dalam tempoh lima tahun.

    Perjalanan mereka menentang Watford adalah persediaan ideal untuk perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara menentang Real Madrid di Manchester pada Selasa nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...