Watford tewas di tangan Tranmere

LONDON 24 JAN– Pasukan division tiga liga Inggeris, Tranmere berjaya menewaskan Watford di perlawanan pusingan ketiga kalah mati Piala FA 2-1 semalam selepas seri 3-3 pada perlawanan pertama.

Watford selaku naib juara kejohanan pada musim lepas terpaksa akur dengan keputusan perlawanan apabila kedua-dua pasukan bermain pada masa tambahan setelah seri 1-1 dan Tranmere menemui jaringan kemenangan pada masa tambahan perlawanan.

Tranmere akan menentang Manchester United di pusingan keempat perlawanan Piala FA.

Perlawanan pertama di antara kelab itu berakhir dengan keputusan 3-3 selepas Tranmere bangkit dari ketinggalan jaringan 3-0, dan perlawanan semula dijadualkan minggu lalu terpaksa ditunda akibat hujan lebat menjadikan padang sangat bahaya untuk meneruskan perlawanan.

Pengurus Watford, Nigel Pearson membuat perubahan kesebelasan utama mereka kepada pasukan yang ditewaskan 2-1 oleh Aston Villa dalam Liga Perdana pada Selasa lalu, mengetepikan beberapa pemain-pemain utama mereka dan memberi tumpuan kepada Piada FA.

Tranmere sedang bergelut dalam zon penyingkiran Liga Satu England tetapi meraih jaringan pendahuluan di babak pertama perlawanan di Stadium Prenton Park ketika Emmanuel Monthe melakukan rembatan cantik diri menerobos sudut gawang Watford. – AFP