Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Watson julang Travelers

    NEW YORK, 25 Jun – Juara dua kali Masters, Bubba Watson mencatat tujuh di bawah par 63 untuk mengetepikan pemain Britain, Paul Casey dengan kelebihan tiga pukulan sekali gus menjulang Kejuaraan Travelers.

    Ia adalah gelaran Jelajah PGA ke-12 bintang golf Amerika Syarikat berusia 39 tahun itu dan ketiga dalam pertandingan berkenaan selepas memenanginya di lapangan Cromwell dan Connecticut pada 2010 serta 2015.

    Watson turut muncul pemain pertama yang memenangi tiga gelaran Jelajah PGA AS tahun ini selepas menyambar kejuaraan di Riveira (Februari) dan Kejuaraan WGC (Mac).

    Kemenangannya itu diraih dengan penuh bergaya apabila Watson membenam birdie pada lubang terakhir untuk mencatat keseluruhan 17 di bawah par 263.

    Watson bergambar bersama trofi kemenangannya selepas menjuarai Travelers di TPC River Highlands di Cromwell, kelmarin. – AFP

    “Pukulan pada lubang ke-18 itu adalah sukar,” kata Watson.

    “Saya cuba melakukan segala yang termampu untuk memastikannya berhenti pada tempat yang betul.”

    Watson, bagaimanapun memperoleh kemenangan itu dengan cara yang sukar apabila bangkit daripada ketinggalan enam pukulan di hari keempat pertandingan itu.

    Sebaliknya Casey, mensia-siakan kelebihan empat pukulan sebelum memulakan hari terakhir apabila sekadar mencatat 72 pukulan untuk berkongsi kedudukan tempat kedua bersama tiga pemain lain JB Holmes, Beau Hossler dan Stewart Cink dengan 266 pukulan keseluruhan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda