Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Wave Park’ dibuka kepada pengunjung

    SIHEUNG, KOREA SELATAN, 8 OKT – Taman air dilengkapi kolam buatan terbesar di dunia ‘Wave Park’ di Siheung yang menawarkan pelbagai aktiviti sukan air mula dibuka kepada pengunjung hari ini, lapor agensi berita Yonhap.

    Dibina di kawasan seluas 166,000 meter persegi dengan anggaran kos 563 bilion won (AS$486 juta), taman dilengkapi kolam gelombang buatan terbesar di dunia itu membolehkan pengunjung melakukan pelbagai aktiviti seperti kano dan selam skuba.

    Kolam sepanjang 220 meter dan lebar 240 meter itu menghasilkan gelombang ombak sehingga 2.4 meter setiap lapan saat dan berupaya menampung maksimum 150 peluncur pada setiap jam.

    Kompleks itu turut dilengkapi taman sains dan deretan kedai, dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2025. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda