Sunday, September 29, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wawancara Trump dengan Musk di X terganggu

    WASHINGTON, 13 OGOS – Usahawan terkemuka Amerika Syarikat, Elon Musk berkata bahawa serangan Distributed Denial of Service (DDoS) besar-besaran mengganggu wawancara secara langsungnya dengan calon presiden Republikan, Donald Trump dan beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

    “Terdapat serangan DDoS besar-besaran di X. Kami sedang berusaha untuk menghentikan serangan terbabit,” menurut Musk di platform X kelmarin.

    Sesi wawancara yang dijadual pada 8 malam waktu tempatan (ET) mungkin hanya dapat diakses oleh sebilangan kecil penonton.

    Bagaimanapun, wawancara itu akan dimuat naik dalam talian untuk akses yang lebih luas sebaik sahaja ia berakhir, katanya. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda