Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wawrinka bermula dengan baik

    LONDON, 19 Jun – Stan Wawrinka membuka tirai bagi persediaan Wimbledon dengan mencatat kemenangan ke atas pemain muda dari Britain, Cameron Norrie dengan keputusan 6-2, 6-3 dalam pusingan pertama Queen’s Club kelmarin.

    Wawrinka bergelut untuk beraksi seperti sebelumnya sejak mengalami kecederaan lutut kiri tahun lepas dan memerlukan untuk menjalani dua pembedahan serta menjejaskan separuh masa kedua musim bintang dari Switzerland itu.

    Masih dibelenggu dengan masalah, Wawrinka terpaksa diketepikan untuk tempoh tiga bulan antara pusingan kedua di Terbuka Australia dan pusingan pertama Terbuka Perancis yang berakhir dengan tewas.

    Pemain berusia 33 tahun itu tiba di barat London selepas tewas enam daripada tujuh perlawanan Jelajah ATP dan beraksi di gelanggang rumput merupakan kegemaran Wawrinka, dia mungkin bimbang dengan masalah yang lebih banyak menjelang kejohanan Wimbledon.

    Tetapi juara tiga kali Grand Slam itu telah memenuhi permintaan pesaingnya, Norrie.

    Wawrinka bertungkus lumus untuk mengatasi Norrie dan akan berdepan bekas juara Queen, Sam Querrey dari Amerika Syarikat yang menewaskan Jay Clarke, 6-3, 6-3.

    “Ia sukar apabila anda menyaksikan sejauhmana anda berada dan berapa lama untuk mencapainya. Sampai sekarang, ia tidak mudah,” kata Wawrinka.

    “Ia mengambil masa untuk mencapai di mana anda mahu berada. Saya perlu bersabar kerana apabila anda menjuarai Grand Slam, saya selalu menaruh harapan yang tinggi terhadap diri saya.”

    Dalam aksi pusingan pertama, pilihan teratas Marin Cilic memulakan aksi yang mantap dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas pemain veteran dari Sepanyol Fernando Verdasco. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda