TORONTO, Kanada, 8 Ogos – Stan Wawrinka dan Novak Djokovic berjaya mara ke pusingan kedua terbuka Masters Toronto, bersama kedua-duanya mengasah sentuhan masing-masing menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Wawrinka kembali ke gelanggang selepas pembedahan lutut dengan kemenangan 1-6, 7-5, 7-5 ke atas Nick Kyrgios.
Penyandang Terbuka Wimbledon, Djokovic menang mudah setelah menewaskan Mirza Basic 6-3, 7-6 (7/3) apabila pemain Bosnia itu menggantikan pemain asal Chung Hyeon dari Korea Selatan, yang menarik diri sebelum perlawanan setelah cedera.
Pasangan remaja dari Kanada meneruskan kemaraan mereka, dengan Denis Shapovalov mendominasi Jeremy Chardy 6-1,6-4 sementara rakan baik Felix Auger-Aliassime, 18 tahun, menggembirakan para peminatnya setelah menewaskan Lucas Pouille dari Perancis, 6-4,6-3.
Juara tiga kali Grand Slam, Wawrinka meletakkan pilihan ke-16 Kyrgios tersingkir bersama aksi yang mengagumkan selepas tewas pada set terbuka.

Wawrinka bergelut untuk bangkit semula selepas kembali ke Jelajah ATP setelah menjalani dua pembedahan lutut tahun lalu, membawa ranking dunianya jatuh di tangga 195.
“Saya sedang mencari keyakinan, saya mencari perlawanan. Saya bersyukur kerana diberikan wildcard untuk terus beraksi di perlawanan utama,” katanya.
“Saya tahu ia akan menjadi perlawanan yang sengit. Menang dengan 1-6, 7-5, 7-5 adalah sesuatu yang hebat buat saya. Mana-mana kemenangan adalah bagus untuk mendapatkan lebih banyak keyakinan.”
“Saya gembira dengan cara latihan. Saya sangat gembira dengan tahap dan juga pergerakan di gelanggang latihan, dan saya perlu mencari jalan untuk menyesuaikannya dalam perlawanan.” – AFP