Wayang untuk penduduk asli di Afrika Tengah

TERLIHAT skrin besar berkelipan di sebuah kampung terpencil di kawasan perhutanan khatulistiwa di Republik Afrika Tengah. Kira-kira 200 orang penduduk berpeluang untuk menyaksikan tayangan filem ini yang diselenggarakan oleh pasukan pawagam bergerak dengan tujuan untuk menghiburkan dan memberikan pencerahan.

Pawagam Digital Ambulant (CNA) telah membawa perkakas wayang ke sebuah kampung terpencil di barat daya Bayanga dan melalui laluan trek yang berliku.

Rombongan ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat yang tinggal di kawasan terpencil di salah sebuah negara yang sangat miskin di benua Afrika dan terancam oleh isu keganasan.

“Sesetengah penduduk berasa terkejut tatkala melihat sebuah kereta, apakah bayangan mereka terhadap persembahan filem ini,” kata Serge Mbilika, seorang wartawan tempatan yang dibawa ke kawasan itu pada bulan April 2018.

Suasana senyap menyelubungi kawasan itu apabila salah seorang dari rombongan mengumumkan untuk menayangkan sebuah tayangan filem, ketika itu hanya kedengaran kicauan burung-burung dan juga cengkerik. Kemudian suara yang besar mengejutkan sesetengah penonton.

Semasa tayangan filem itu ditayangkan, ia diikuti dengan rentak muzik dan tarian, kebanyakan penduduk tertawa dan tersenyum ketika melihat diri mereka di dalam skrin besar itu. – AFP
Suasana senyap menyelubungi kawasan itu apabila salah seorang dari rombongan mengumumkan untuk menayangkan sebuah tayangan filem, ketika itu hanya kedengaran kicauan burung-burung dan juga cengkerik. – AFP
Mbilika terasa yakin bahawa tayangan wayang itu berfungsi sebagai cara untuk membantu penduduk untuk hidup harmoni dan sentiasa bekerjasama serta hormat-menghormati. – AFP

“Jika anda tidak mendaftarkan identiti, anda tidak akan dapat menerima bayaran persaraan anda,” seorang lelaki dalam skrin memberikan amaran sebelum filem ditayangkan.

Sebelum pertunjukan tersebut bermula, Mbilika menghabiskan waktu dengan bersiar-siar di sekitar Bayanga dengan kamera kecilnya, membuat pengembaraan dan menyaksikan sendiri rutin harian masyarakat di kawasan tersebut seperti menjalankan perniagaan mereka.

“Ini membantu kami untuk menarik lagi perhatian penduduk kampung sebelum projek wayang itu dijalankan,” kata Carmelle.

“Datang untuk melihat mereka dan melakukan projek filem itu pada waktu petang menyebabkan penduduk kampung terus berminat untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti rombongan tersebut dan disampaikan dari mulut ke mulut,” tambahnya.

Semasa tayangan filem itu ditayangkan, ia diikuti dengan rentak muzik dan tarian, kebanyakan penduduk tertawa dan tersenyum ketika melihat diri mereka di dalam skrin besar itu.

Paksa dirinya untuk pergi ke sekolah

“Apa yang anda buat dengan benda itu,” kata seorang wanita bertanya kepada Mbilika di Sango, dalam bahasa tempatan, sambil memotong ubi kayu beberapa jam yang lalu.

“Anda akan dapat menyaksikannya pada petang ini, pukul 5 petang di kawasan sekolah,” jawab Mbilika.

Matlamat utama tayangan file mini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu seperti cara mencuci tangan dengan betul, keperluan vaksinasi dan etika perkahwinan paksa. Filem tersebut turut menayangkan tentang kepentingan pendidikan kaum wanita.

“Saya tidak pernah terfikir mengenai masalah itu,” kata Maeva, seorang wanita yang telah datang ke Bayanga bersama anak-anaknya untuk menyaksikan tayangan filem itu diikuti dengan penduduk di kampung yang lain seperti Kampung Pygmy yang terletak sejauh 10 km dari Bayanga.

“Anak perempuan saya tetap membantu menguruskan hal ehwal rumah, dia menjaganya ketika saya berada di hutan tetapi sekarang, saya harus memaksanya untuk pergi ke sekolah,” katanya. Maeva tersenyum puas.

Bagi ketua pasukan Mbilika, persembahan pada petang hingga ke malam itu sangat berjaya.

“Kami fikir ini adalah cara yang terbaik bagi mendekatkan lagi penduduk di kawasan terpencil ini tentang teknologi.

“Tayangan skrin besar ini memberikan kesan terhadap minda penduduk tempatan dan mereka akan bercakap dengan orang lain mengenai apa yang mereka pelajari,” tambahnya.

Cara untuk mencari kedamaian

Mbilika terasa yakin bahawa tayangan wayang itu berfungsi sebagai cara untuk membantu penduduk untuk hidup harmoni dan sentiasa bekerjasama serta hormat-menghormati apatah lagi isu keganasan yang sering berlaku dan mencetuskan perang saudara yang pernah berlaku pada tahun 2012 atas dasar pelbagai perkara.

“Tayangan wayang itu boleh menjadi satu cara untuk membawa keamanan ke atas benua Afrika Tengah,” jelasnya.

Filem CNA yang datang dari pelbagai negara, tidak semestinya membawa kebaikan, sepertimana yang pernah ditayangkan di Cameroon yang memaparkan penduduk memakai djellabas dan membahaskan tentang status perkahwinan. Ia menggunakan bahasa yang digelar sebagai Sango, tetapi bahasa Arab asli masih lagi kedengaran.

“Masalahnya, cara ini tidak semestinya mampu meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan,” jelas Franklin kepada media. “Kebanyakan penduduk Afrika Tengah sangat sukar untuk dikenal pasti,” tambahnya.

Untuk kepentingan awam

“Kami boleh membuat filem yang bersesuaian dengan konteks semasa, namun masalah sekarang ialah kami tidak mempunyai wang yang cukup,” kata Franklin.

Dana Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan perikatan Francaise menyediakan dana yang diperlukan untuk membantu melaksanakan projek tersebut.

Sebahagian besar peralatan berasal dari CNA Afrique (Cinema Numerique Ambulant – Afrique), yang menghidupkan pasukan itu untuk bergerak ke sembilan buah negara di Afrika Barat dan Tengah.

Kereta rombongan, sebagai contoh merupakan hadiah dari CNA Camerron. Walau bagaimanapun, ia bukanlah kereta pacuan empat roda, banyak kerosakan telah dialami semasa dua misi yang dijalankan baru-baru ini.

“Ia menjadi bahaya, apabila keadaan jalan sangat sukar untuk dilalui,” kata Vivien, pemandu pasukan itu.

“Lebih-lebih lagi, kami telah membuat perancangan untuk pergi ke Bambari, yang terletak di kawasan yang tegang dan berkonflik,” tambahnya.

Memandangkan jalan yang tidak baik untuk sampai ke kawasan terpencil ini, lazimnya kenderaan akan mengalami kerosakan yang teruk.

“Kami perlu mencari rakan kongsi untuk menukar kereta ini,” kata Olivier Colin, pengarah perikatan Francaise di Bangui.

“Tayangan filem ini adalah sangat penting untuk kepentingan penduduk awam,” jelasnya. – AFP