Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

WBC rampas semula trofi boling padang

SERIA, 27 JUN – Kelab Boling Padang Wisdom Negara Brunei Darussalam (WBC) berjaya merampas semula trofi persahabatan Kejohanan Boling Padang Tahunan edisi kelima setelah menewaskan Kelab Boling Padang Penerbangan Diraja Brunei dalam aksi perlawanan akhir dengan keputusan 13-6 yang berlangsung di Kelab Panaga, Daerah Belait, baru-baru ini.

Dalam perlawanan tersebut, wakil dari WBC iaitu Awang Muhd Arrif bin Haji Amli dan pasangannya, Awang Muhd Halifi bin Haji Amli muncul juara selepas menewaskan pasangan Awang Muhd Nazid bin Haji Nudin dan Awang Muhd Rudy bin Aminorzaman dengan keputusan 13-6. Manakala itu, Tobias Tahal dan Damian Brady dari Kelab Boling Padang Panaga (PLBC) dan wakil WBC, Haji Osman bin Haji Yahya yang bergandingan dengan Dayang Nur Uzma Khadijah @ Esmawandy binti Brahim berkongsi tempat ketiga.

Bagi kategori Plate pula dimenangi oleh wakil WBC, Awang Muhd Hazmi bin Haji Idris dan Awang Abdul Rahim bin Mohd Taib selepas menewaskan rakan sepasukan, Haji Abdul Ghafar bin Pehin Orang Kaya Laksamana Dato Seri Setia Haji Mohd Taha yang bergandi-ngan dengan Awang Matossen bin Haji Abdul Rahman dengan keputusan 10-6. Manakala itu, pemenang yang berkongsi tempat ketiga ialah Neil Lynch dan Warren Jones dari PLBC serta Haji Amli bin Haji Ghafar dan pasangannya Awang Bahren bin Haji Abdul Rahman dari WBC.

Selepas perlawanan tersebut, acara diteruskan dengan penyampaian pingat yang disempurnakan oleh Ketua Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait, Awang Shahjohan bin Haji Shari.

Selain daripada itu, kejohanan berkenaan adalah anjuran WBC dengan kerjasama PLBC yang turut disokong oleh Kelab Boling Padang Penerbangan Diraja Brunei.

Antara pemain boling padang dari kelab masing-masing semasa sesi bergambar ramai selepas menamatkan kejohanan tersebut di Kelab Panaga, Daerah Belait, baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -