Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Webinar beri pendedahan tentang 3DCP

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Recap Sdn Bhd

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) telah menganjurkan webinar DigiBiz Talk tentang Membina Bandar Awda dengan Pembinaan Percetakan 3D (3DCP) dan difasilitasi oleh Recap Sdn Bhd, baru-baru ini.

    Webinar tersebut meneroka peluang besar yang ditawarkan oleh pencetakan 3D untuk industri pembinaan.

    Moderator bagi webinar itu ialah Pengasas Curious Mind Brunei, Shaun Hoon, dan turut menampilkan Simon Klint Bergh, yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 sebagai pengasas bersama COBOD International, serta Akmal Hafizuddin dari KA Bina Malaysia.

    Sesi itu termasuk pengenalan 3DCP dan faedah melaksanakan teknologi itu.

    Turut hadir ialah Setiausaha Agung AIPA dan Pengarah dan Arkitek Utama dari Eco Bumi Arkitek, Ar Siti Rozaimeriyanty binti DSLJ Haji Abdul Rahman, sebagai penceramah jemputan khas untuk berkongsi pandangan beliau tentang bagaimana Negara Brunei Darussalam boleh menggunakan 3DCP.

    Ar Siti Rozaimeriyanty semasa menyertai sesi webinar tersebut selaku penceramah jemputan khas, yang diadakan baru-baru ini.

    Lebih 70 orang peserta telah menghadiri webinar berkenaan, di mana mereka berpeluang mengemukakan soalan mengenai pembangunan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam inovasi itu.

    Tinjauan pasaran masa depan termasuk kemampanan 3DCP telah dibincangkan dalam kalangan penceramah, bersama-sama dengan inisiatif dan kesediaan Brunei dari segi menerima pakai teknologi digital itu.

    DigiBiz Talk bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang teknologi digital dan membantu pemain industri, termasuk PMKS dan syarikat permulaan baharu yang beroperasi dalam bidang tumpuan itu untuk membina perniagaan tambahan baharu.

    Siri berulang itu mempunyai lima topik tematik yang berlangsung sehingga Februari tahun depan.

    Webinar seterusnya ialah Digital Era of Livestock: Blockchain-based Solutions pada 19 Januari 2023.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...