Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Webinar didik amalan selamat dalam talian, ancaman siber

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Cyber Security Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Dalam usaha untuk mendidik penduduk Negara Brunei Darussalam mengenai ancaman siber terkini dan amalan dalam talian yang selamat, Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT) mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai siri webinar awam yang dikendalikan oleh BruCERT.

    BruCERT akan mengadakan webinar bertajuk ‘Blockchain 101’ pada 25 Mac depan pukul 2:30 petang secara dalam talian melalui Zoom.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, webinar itu akan disampaikan oleh Penganalisis Penyelidikan Blockchain, BruCERT, Dayang Zara Laila binti Abdul Hadi di mana para peserta berpeluang untuk mempelajari mengenai teknologi baharu muncul di sebalik inovasi trend seperti Bitcoin, Ethereum dan NFTs, serta mendapatkan pandangan lebih baik kepada mengapa teknologi blockchain sedang berkembang atau trending di seluruh dunia.

    Webinar itu juga akan meliputi pengenalan peringkat tinggi kepada teknologi blockchain dan manfaatnya dari segi sekuriti yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai industri serta kes-kes khusus.

    Mereka yang menyertai webinar itu juga akan layak untuk memenangi hadiah menarik cabutan bertuah. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai webinar berkenaan, mereka boleh mendaftar secara dalam talian di https://bit.ly/blockchainwebinar101.

    Orang ramai yang ingin untuk menyaksikan rakaman bagi webinar lalu boleh melayari saluran YouTube BruCERT, https://www.youtube.com/bruneicert.

    Menurut kenyataan, sejak ia mula dikendalikan pada November 2021, siri webinar BruCERT telah dihadiri oleh lebih 600 orang peserta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...