Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Webinar kongsi pengalaman M’sia dalam industri binaan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Brunei (PUJA), sektor kerajaan dan orang ramai menyertai seminar bertajuk Digital Transformation in the Construction Industry in Malaysia yang dianjurkan oleh PUJA Academy Sdn Bhd (PASB) secara dalam talian, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan PUJA, di sini, seminar yang dikendalikan menggunakan platform Zoom itu mengetengahkan penceramah dari Malaysia, Ir Wong Chee Fui yang merupakan seorang pakar dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

    Beliau pernah terlibat dalam rekaan, pengurusan projek dan pelaksanaan projek-projek pembinaan utama di dalam dan luar negara di mana beliau mendapat pendedahan meluas dalam bidang industri binaan.

    Pengalaman beliau termasuk rekaan infrastruktur lebuh raya, pengurusan bekalan air, pembinaan empangan dan sumber air, pembetungan, tapak sisa buangan dan pengurusan sisa.

    Webinar itu dianjurkan dengan matlamat untuk mengongsi pengalaman Malaysia dalam transformasi digital dalam industri binaan ke arah penerimaan Industri 4.0.

    Ceramah itu meliputi pengenalan Industri 4.0, perkongsian dasar Malaysia dalam pelaksanaan Industri 4.0 dan teknologi baharu muncul dalam industri binaan seperti Building Information Modelling (BIM), Industrialized Building System (IBS), Drone Technology dan teknologi-teknologi baharu yang lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...