Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Webinar kongsi prospek pasaran, strategi dana

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Standard Chartered Securities (SCS), dengan kerjasama Pengurusan Aset UOB, telah menganjurkan satu webinar untuk membentangkan prospek pasaran terkini dan kemas kini tentang strategi dana kepada pelanggannya pada hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif SCS, Brenda Low dalam ucapan alu-aluannya berkata, “Meskipun ketidaktentuan berterusan yang timbul daripada isu geopolitik global, terdapat tanda-tanda positif untuk merebut peluang yang ada.

    “Dengan ini, mesej kami di SCS adalah untuk terus melabur dan mengekalkan tumpuan jangka panjang apabila ingin kekal dalam pasaran,” tekannya.

    Pengarah-pengarah Kanan, Perniagaan Institusi di UOB Asset Management, Lim Beng Eu dan Yip Chih Kiong, hadir untuk membentangkan strategi dana bagi dana-dana UOBAM yang tersedia di SCS, manakala Penasihat Pelaburan Kanan SCS, Awang Hazwan bin Kamarulzaman menyampaikan pengemaskinian mengenai prospek rumah.

    SCS menawarkan pelbagai produk kekayaan dan perkhidmatan nasihat. Pelabur berpotensi dikehendaki melengkapkan penilaian profil risiko pelanggan untuk memastikan pelanggan memahami selera risiko mereka sebelum mengambil sebarang produk kekayaan.

    Pelabur yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan pelaburan bolehlah mengunjungi cawangan Standard Chartered Gadong dan Kuala Belait untuk berbincang dengan mana-mana pengurus perhubungan atau perunding kekayaan berlesen, atau melayari laman sesawang bank.

    Brenda Low semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada webinar tersebut.
    Lim Beng Eu, Yip Chih Kiong dan Awang Hazwan semasa menyampaikan pembentangan pada webinar berkenaan. – Gambar serahan SCS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...