Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Webinar perkenal kelebihan universiti terkemuka Kanada

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara akan berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai University of Alberta, Kanada semasa webinar mengenainya yang bakal dianjurkan oleh agensi pendidikan Findlay (B) Sdn Bhd pada 2 Oktober ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Findlay di sini, hari ini, webinar yang akan berlangsung tengah hari itu khususnya bagi mereka yang berminat dan ingin mengetahui mengenai pendidikan di Kanada di mana penjelasan mengenai universiti terkemuka dunia itu bakal disampaikan oleh Pengarah Program Pengambilan dan Transnasional Antarabangsa, John Gregory.

Semasa webinar itu, para peserta akan dapat mengetahui mengenai tawaran pendidikan yang diketengahkan oleh universiti tersebut.

Pengarah Urusan, Findlay (B) Sdn Bhd, Sunita Martin dipetik menyatakan bahawa University of Alberta adalah destinasi menarik dengan reputasi yang sangat baik di mana ia bukan sahaja menawarkan yuran yang berpatutan dan tetap sepanjang pengajian dijalankan, malah turut menyediakan biasiswa tertentu kepada pelajar antarabangsa.

Tambahan pula, pelajar mempunyai peluang pekerjaan seperti penempatan kerja berbayar, program internship dan kerja sambilan semasa belajar.

Pelajar yang berminat boleh menghadiri janji temu melalui Zoom dari rumah masing-masing, dan ibu bapa juga boleh menyertai perbualan jika mereka mahu.

Artikel sebelum iniJumaat, 1 Oktober 2021
Artikel seterusnyaTubuhkan ‘Animal Police’
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -