Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Webinar promosi pelancongan BIMP-EAGA

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan menganjurkan satu webinar untuk stakeholder pelancongan di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indoensia-Malaysia-Filipina atau BIMP-EAGA pada 12 Januari 2022.

    Webinar bertujuan menawarkan maklumat terbaharu mengenai pasaran perjalanan Jepun dan memperkenalkan cara-cara mempromosi tarikan pelancongan BIMP-EAGA kepada Jepun. BIMP-EAGA dilancarkan pada 1994 untuk merangsang pembangunan di kawasan terpencil dan kurang maju di empat negara Asia Tenggara terbabit.

    Negara-negara berkenaan dari segi geografi terletak jauh dari ibu negara, namun dekat secara strategik di antara satu sama lain. Negeri dan wilayah tersebut menyumbang kepada lebih 60 peratus daripada kawasan tanah negara BIMP-EAGA tetapi mereka menyumbang kurang 20 peratus daripada populasi dan 18 peratus tenaga kerja. Lima tunggak strategik Wawasan 2025 BIMP-EAGA adalah Kesalinghubungan, Keluaran Makanan, Alam Sekitar dan Sosio-Budaya dan Pendidikan serta Pelancongan.

    AJC mengadakan beberapa siri simposium menumpu pada empat tunggak selain pelancongan dari November hingga Disember 2021. Dengan webinar pelancongan ini, ia merangkumi kesemua tunggak strategik wawasan 2025.

    Webinar pelancongan akan datang bakal memperkenalkan pengemaskinian dan trend menarik pasaran Jepun seperti sentimen pengguna pengembara Jepun dan menumpu pada ekopelancongan, salah satu kelebihan rantau berkenaan. Ia juga akan menyediakan maklumat mengenai pemasaran digital untuk promosi pelancongan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...