Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Webinar semai penghayatan kemerdekaan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Demi memperkasakan nilai-nilai penghayatan terhadap liku-liku kemerdekaan, Pusat Sejarah Brunei (PSB) telah menganjurkan Webinar Forum Bersama Belia bertemakan ‘Menghargai Kemerdekaan Negara’ dengan melibatkan lebih 150 orang peserta secara maya menerusi aplikasi Zoom, kelmarin.

    Webinar forum bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 itu telah diungkayahkan dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Majlis Belia Brunei (MBB) selaku rakan strategik PSB serta disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Hadir menyertai sesi webinar berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir dalam talian ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari yang juga selaku yang di-pertua MBB; setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap KKBS.

    Terdahulu, Yang Di-Pertua PESEBAR, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dalam ucapan alu-aluannya antaranya menyatakan seiring dalam mencapai kemerdekaan negara selama ini adalah sewajarnya setiap lapisan masyarakat termasuklah golongan belia untuk menanamkan semangat kecintaan dan juga menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh insan-insan terdahulu sehingga ke detik ini di mana keamanan dan kesejahteraan yang kita capai.

    Ujarnya, dengan limpah rahmat kemerdekaan yang dirasai selama ini semakin teguh dan mantap di bawah kedaulatan pemerintahan sistem beraja sehingga menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan Negara Zikir.

    Justeru, tegas beliau, yakinlah bahawa kesejahteraan dan kemakmuran yang dinikmati oleh rakyat dan penduduk negara ini sejak pencapaian kemerdekaan adalah rahmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT melalui kepimpinan raja yang menegakkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap lagi sempurna.

    Sesi webinar diikuti dengan ucaptama khas yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir menyaksikan Webinar Forum Bersama Belia bertemakan ‘Menghargai Kemerdekaan Negara’ secara maya menerusi aplikasi Zoom.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...