Tuesday, December 10, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wellens menang peringkat ke-5 Vuelta

    SEPANYOL, 25 OKT – Pelumba Belgium, Tim Wellens mengatasi saingan pelumba Perancis, Guillaume Martin untuk merampas gelaran peringkat ke-5 Vuelta a Espana ketika juara bertahan, Primoz Roglic menamatkan saingan di tempat keempat untuk mengekalkan kedudukan pendahulu keseluruhan.

    Wellens dari Lotto-Soudal dan Martin dari Cofidis bersaingan perlumbaan sejauh 184.4km dari Huesca ke Sabinanigo.

    Pelumba Jumbo-Visma, Roglic terkeluar daripada saingan pendakian pintas sebelum penamat. “Perasaan sangat bagus,” kata Wellens, yang terkeluar dari saingan Tour de France selepas kemalangan ketika latihan pada penghujung Ogos lalu.

    “Saya menempuhi waktu sukar dengan perlanggaran besar dan saya perlukan masa yang lama untuk berada di kemuncak prestasi,” katanya.

    “Saya sedikit takut sebelum saya datang ke Vuelta.”

    Martin dan Wellens antara tiga pelumba yang mendahului dengan turut disertai pelumba Belanda, Thymen Arensman dari Sunweb. – AFP

    Pelumba Team Lotto dari Belgium, Tim Wellens ketika meraikan kemenangan peringkat ke-5 jelajah berbasikal La Vuelta 2020 di Sepanyol, perlumbaan sejauh 184,4 km dari Huesca ke Sabinanigo, semalam. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda