Wenger cadang anjur Piala Dunia setiap dua tahun

PARIS, 3 SEPT – Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menggesa agar kejohanan Piala Dunia dianjurkan setiap dua tahun semasa temu bual dengan akhbar sukan Perancis, L’Equipe yang diterbitkan hari ini.

Bekas pengurus berusia 71 tahun, yang kini menjadi pengarah pembangunan FIFA, turut menyuarakan bagi satu tempoh tahunan bagi perlawanan kelayakan kebangsaan dalam jadual bola sepak global.

“Prinsipnya adalah perlawanan kelayakan secara berkumpulan pada setiap tahun, dan pada penghujung musim kejohanan utama, kejohanan Piala Dunia atau benua,” kata Wenger.

“Antara dua jendela perpindahan, pemain mesti kekal bersama kelab sepanjang tahun. Ia mesti kurang percampuran dengan jadual antara tempoh perlawanan kelab dan antarabangsa, dan oleh itu lebih kurang pertembungan perjalanan antara benua bagi pemain sebagai contoh.” Wenger berkata dia ingin melihat satu jendela perlawanan antarabangsa, mungkin pada bulan Oktober, dengan kurang perlawanan pusingan kelayakan.

“Bagi pemain-pemain, tidak akan ada perlawanan dan waktu rehat wajib selepas peri-ngkat akhir, sekurang-kurangnya 25 hari,” kata Wenger yang mencadangkan format baharu bagi dilaksanakan pada 2028, dua tahun selepas Piala Dunia di Utara Amerika dan Mexico. – AFP