Wenger: Giroud harus dipuji

PRESTON, United Kingdom, 8 Jan – Arsene Wenger memuji permainan kapten Arsenal, Olivier Giroud selepas jaringan lewatnya melengkapkan kemenangan 2-1 dalam persaingan pusingan ketiga Piala FA di Preston.

Pasukan Gunners mampu melengkapkan kemenangan dari belakang untuk mencatatkan keputusan seri 3-3 di Bournemouth awal minggu ini, perlawanan di mana Giroud juga menjaringkan gol lewat.

Wenger juga meletakkan kapten pasukan senegaranya itu bagi kunjungan ke Deepdale dan menjelaskan: “Dia menjaringkan banyak gol sejak kebelakangan. Saya rasa dalam skuad ini semua pemain memberikan sumbangan dan ia bukan hanya 11.

“Pada ketika ini dia berada dalam rentak yang bagus dan pada bulan lalu dia menjaringkan gol berturut –turut jadi yang melantiknya menjadi kapten seperti mana saya suka membuat giliran.

Olivier Giroud, menjaringkan gol kemenangan Arsenal ke atas Preston dalam aksi Piala FA di Deepdale. - AP
Olivier Giroud, menjaringkan gol kemenangan Arsenal ke atas Preston dalam aksi Piala FA di Deepdale. – AP

“Dia melalui tempoh ini di mana dia tidak merasa selesa ketika mana dia tidak beraksi dan ketika tempoh ini, yang begitu panjang, dia terus fokus dan bekerja keras, jadi saya rasa dia menunjukkan kualiti kepimpinan, yang mana saya melantiknya menjadi kapten.”

Terdapat berita baik bagi pemain penyerang Arsenal, Danny Welbeck, yang kembali sebagai pemain gantian, persaingan pertamanya dalam tempoh lapan bulan selepas pulih dari kecederaan lutut.

“Ia adalah masa yang menarik kerana dia tidak beraksi buat masa yang panjang, hanya memberikannya 15 sudah cukup hebat,” kata Wenger. – AFP