STOKE-ON-TRENT, 20 Ogos – Arsene Wenger menghentam barisan pertahanannya kerana mempamerkan persembahan hambar apabila Stoke mengejutkan skuad Gunners dengan kemenangan 1-0 awal pagi tadi.
Skuad Wenger mengalami kekalahan pertama dalam Liga Perdana musim ini, terima kasih kepada rembatan kemas Jese Rodriguez pada minit ke-47 di Stadium bet365.
Jese telah dibiarkan menembusi kawasan penalti tanpa dikawal dan bos Arsenal, Wenger tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.
“Ia memang mengecewakan untuk dibolosi gol sebegitu. Dari segi pertahanan tiada alasan. Kami memberikan mereka gol mudah,” marah Wenger.
“Kami tahu bahawa ia adalah penting untuk tidak melakukan kesilapan pertahanan. Tetapi tidak lama separuh masa kedua bermula, kami terlalu cuai dan menerima padah.
“Kami memberikan mereka terlalu banyak kebebasan di bahagian tengah. Saya tidak gembira dengan pertahanan tengah kami hari ini.”
Kecuaian pertahanan Arsebal bukan satu-satunya yang mengecewakan Wenger, yang merasakan Arsenal dinafikan gol penyamaan apabila rembatan Alexandre Lacazette dibatalkan kerana ofsaid.
Ulang tayang menunjukkan pengadil membuat keputusan yang tepat, tetapi ia tidak menghentikan Wenger untuk berkata: “Kami tidak bernasib baik. Saya fikir kami telah menjaringkan gol yang dikatakan ofsaid tetapi ia tidak ofsaid. Ia adalah keputusan yang mudah.
“Ia adalah kekalahan yang sukar diterima. Kami mempunyai banyak peluang. Kami seharusnya memenangi perlawanan dengan selesa.”
Selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Leicester 4-3 dalam perlawanan pembukaan musim mereka, perlawanan ini kurang menarik yang dihasilkan Arsenal dan Wenger mengakui bahawa kekalahan itu adalah tamparan besar.
“Ia sukar untuk bermain dengan lancar. Kami sudah mencuba tetapi gagal mendapatkan gol. Kurang penglibatan di dalam petak bagi bola kedua,” katanya.
“Kalah dalam satu perlawanan adalah mengecewakan. Anda tidak mahu kalah dalam perlawanan yang sepatutnya anda menangi.” – AFP