LONDON, 5 Mei – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata dia sudah bersedia untuk berdamai dengan musuh lamanya, JoseMourinho menjelang perlawanan di laman sendiri menentang Manchester United Ahad ini.
Wenger kerap berbalah dengan Mourinho ketika pengurus dari portugal itu masih sebagai pengurus Chelsea, ia semakin panas dengan pertelagahan di tepi garisan dalam perlawanan di Stamford Bridge pada Oktober 2014.
Pasangan itu meneruskan permusuhan mereka di Stadium Emirates dengan pasukan masing-masing berebut tempat dalam empat kedudukan teratas Liga Perdana.
Ditanya jika dia kedamaian mampu dicapai dengan pengurus United, Mourinho, Wenger berkata; “Saya kerap terbuka untuk apa sahaja dalam hidup ini, anda tahu, untuk berdamai.
“Tetapi apa yang paling penting apabila anda seorang pesaing adalah anda memberikan segala-galanya untuk menang dalam perlawanan seterusnya.”
Wenger, yang tidak pernah menewaskan Mourinho dalam liga, telah diingatkan mengenai hubungannya dengan bekas pengurus United, Alex Ferguson.
“Hubungan saya dengan Ferguson adalah mesra. Kami mempunyai rasa hormat,” kata Wenger.
“Saya fikir saya cuba untuk menghormati semua orang. dan adalah penting untuk saya fokus pada pasukan saya sendiri, persembahan pasukan dan melupakan selebihnya.”
Arsenal memasuki hujung minggu ini di tangga keenam dalam liga, lima mata di belakang United dan enam mata di belakang Manchester City, dengan kelebihan satu perlawanan di tangan.
Wenger berkata bahawa sekiranya Arsenal gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, dia akan mengikut jejak langkah Mourinho dengan menjadikan Liga Europa keutamaan. – AFP