Werder Bremen beraksi di stadium lain?

BERLIN, 28 APRIL – Pasukan yang sedang bergelut, Werder Bremen mungkin terpaksa bermain di bandar yang berbeza jika Bundesliga disambung semula bulan hadapan berikutan kerajaan tempatan mungkin melanjutkan larangannya bermain di Weserstadion.

Pandemik koronavirus telah menyebabkan liga Jerman dihentikan pada pertengahan bulan Mac dengan Bayern Munich mendahului kelebihan empat mata dan Werder Bremen menduduki tangga kedua terbawah, tetapi Bundesliga berkata minggu lalu bahawa mereka bersedia untuk menyambung semula dari 9 Mei, walau bagaimanapun perlawanan akan diadakan tanpa kehadiran peminat.

Kerajaan Angela Merkel masih memerlukan permohonan kebenaran bagi liga bola sepak untuk disambung. Keputusan yang dijangkakan akan dikeluarkan pada hari Khamis. Tetapi di Bremen, yang mana negeri di bawah sistem Kesatuan Jerman, senator bandar dalaman, Ulrich Maeurer menegaskan tiada perlawanan boleh dilangsungkan di padang Weserstadion semasa krisis.

Ini bermakna Werder Bremen mungkin terpaksa bermain baki perlawanan di gelanggang sendiri di tempat lain, dengan bandar-bandar paling hampir dengan taraf stadium Bundesliga – Hamburg, Hanover dan Wolfburg – antara yang dipertimbangkan.

“Jika apa jua sebabnya, kami tidak boleh beraksi di Bremen, jadi kami terpaksa mencari alternatif lokasi lain,” kata CEO Bremen, Klaus Filbry.

Hubungan antara Werder dan Maeurer menjadi tegang sebelum krisis koronavirus dengan ahli politik tersebut berulang kali meminta kelab untuk menyumbangkan kepada kos kepolisian pertandingan berisiko tinggi.

Werder kini lapan mata dari zon selamat dengan baki sembilan perlawanan.

Kewangan mereka telah teruk terjejas akibat krisis.- AFP

Werder Bremen mungkin terpaksa beraksi di bandar yang berbeza jika Bundesliga disambung semula berikutan kerajaan tempatan mungkin melanjutkan larangannya bermain di Weserstadion. – Agensi