Werner: Keputusan tepat sertai Chelsea

LONDON, 17 SEPT – Jika dunia tidak dibelenggu dengan pandemik, Timo Werner mungkin telah menyarung jersi merah apabila Chelsea bertemu Liverpool dalam perlawanan besar pertama di Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini.

Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang tersebut. Dan Werner bercakap mengenai gaya permainannya ‘sesuai’ untuk kelab, dan menyatakan kekagumannya terhadap ketua pengurus pasukan, Jurgen Klopp.

“Dia yang terbaik di dunia,” kata Werner, yang ketika itu bermain untuk Leipzig.

Semasa penularan koronavirus berlaku, kewangan bola sepak turut terjejas. Liverpool turut terkesan dengan kerugian operasi secara drastik, membuat tawaran kepada Werner kelihatan seperti sesuatu yang tidak diperlukan.

Beberapa bulan kemudian, Werner akhirnya berhijrah ke London, antara pemain berprofil tinggi yang dibeli oleh Frank Lampard semasa jendela perpindahan. Kebetulan perlawanan pertamanya di Stanford Bridge adalah menentang Liverpool.

“Apabila saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Leipzig, saya berbincang dengan beberapa buah kelab dan akhirnya saya memilih Chelsea,” kata Werner dalam panggilan video kelmarin. – AP

Aksi Timo Werner semasa penampilan pertama di Chelsea. Werner mendedahkan dia telah membuat keputusan tepat untuk menyertai Chelsea setelah menolak beberapa tawaran dari kelab lain.- AP