Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Werner terpaksa ucap selamat tinggal kepada Piala Dunia

    MUNICH, JERMAN, 4 NOV – Penyerang Jerman, Timo Werner tidak dapat beraksi pada Piala Dunia Qatar kerana kecederaan pergelangan kaki, kata kelabnya RB Leipzig kelmarin.

    Werner mengalami kecederaan ketika Leipzig menang 4-0 dalam Liga Juara-Juara mengatasi Shakhtar Donetsk baru-baru ini.

    “Ujian imbasan hari ini di Leipzig menunjukkan ligamen syndesmosis pemain itu koyak di kaki kiri, justeru dia akan terlepas keseluruhan 2022,” kata pasukan Bundesliga itu dalam satu kenyataan.

    Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan 24 gol dalam 55 penampilan antarabangsa buat Jerman dan meledak lima kali ketika pusingan kelayakan.

    “Ini adalah berita buruk,” kata jurulatih Jerman, Hansi Flick. “Saya simpati dengan Timo kerana dia akan terlepas Piala Dunia yang dia mahu bermain.

    Reaksi Timo Werner ketika meninggalkan padang dalam perlawanan antara Shakhtar Donetsk dan Leipzig di stadium Polish Army, Warsaw, baru-baru ini. – AP

    “Kehilangan Timo sesuatu yang amat dirasai, terutama buat pasukan.

    “Kami perlukan penyerang hebat dengan tahap gol yang bagus bersama jersi kebangsaan dan kami juga akan kehilangan pemain yang benar-benar memberikan kerjasama berpasukan terbaik,” tambahnya.

    “Pertama sekali saya berdoa supaya Timo segera cergas kembali.”

    Werner menyertai semula Leipzig daripada gergasi Liga Perdana, Chelsea pada penutup musim dan sudah menyumbang sembilan gol dalam kempen kali ini.

    Jerman akan melakukan sepak mula pada Piala Dunia bagi mencari gelaran kelima mereka berdepan Jepun pada 23 November di Al Rayyan, sebelum beraksi dalam perlawanan Kumpulan E menentang Sepanyol dan Costa Rica. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...