West Brom, Burnley berkongsi mata

LONDON, 20 OKT – West Bromwich Albion dan Burnley akur dengan keputusan seri tanpa jaringan di perlawanan semalam ketika kedua-dua pasukan bergelut tanpa kemenangan di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Setelah menyaksikan banyak jaringan gol di EPL sejak musim baharu bermula pada bulan September, perlawanan di Stadium Hawthorns adalah perlawanan pertama tanpa jaringan gol musim ini.

Kedua pasukan West Brom dan Burnley telah bolos 21 gol dalam tujuh perlawanan pembukaan mereka. Tetapi perlawanan ke-47 musim EPL semalam berakhir tanpa jaringan.

Karlan Grant dari West Brom gagal menemukan gol sulungnya kerana ofsaid, sementara cubaan daripada Chris Wood terkena tiang gol. – AFP

Aksi penjaga gol Burnley, Nick Pope ketika menyelamatkan rembatan dari Branislav Ivanovic dari West Brom, semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara West Bromwich Albion dan Burnley di Hawthorns, England, semalam. – AP