West Brom kembali ke EPL

LONDON, 24 JULAI – West Bromwich Albion meraih tempat ke Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah keputusan seri 2-2 menentang QPR ketika saingannya Brentford tersekat pada perlawanan terakhir yang dramatik di musim liga Kejuaraan.

Pasukan Slaven Bilic akan menyertai juara liga Kejuaraan, Leeds yang berjaya diserap masuk ke EPL musim depan bersama dengan Brentford yang berada di tempat ketiga meskipun tewas 2-1 menentang Barnsley.

Fulham yang berada di tempat keempat seri 1-1 di Wigan, Albion menduduki tempat kedua untuk memastikan mereka kembali ke EPL selepas tersingkir dua musim lalu di EPL. Perlawanan akhir yang menarik di divisyen kedua dengan pemenang Piala FA 2013 Wigan diturunkan ke Liga Satu bersama dengan Hull dan Charlton.

West Brom, yang telah melepaskan peluang sebelum ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka di dua teratas ketika mereka kalah menentang Huddersfield pada Jumaat lalu. – AFP