Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    West Ham benam Viborg di ECL

    PARIS, 19 OGOS – Gianluca Scamacca berjaya menjaringkan gol sulung bersama West Ham kelmarin dan membantu kelab mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan kerdil dari Denmark, Viborg di playoff Liga Konferensi Europa (ECL).

    West Ham, yang mara ke pusingan separuh akhir Liga Europa musim lalu, memulakan perlawanan selepas mencatatkan kekalahan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City dan Nottingham Forest.

    Tetapi pemain antarabangsa Itali, Scamacca, yang dibeli dengan harga 30 juta pound dari Sassuolo, berjaya menjaringkan gol pada minit ke-23 selepas dibantu oleh rakan sepasukannya, Maxwel Cornet.

    Jarrod Bowen menggandakan kedudukan pada minit ke-64 sebelum Viborg merapatkan mata jaringanmenerusi Jakob Bonde lima minit kemudian.

    Namun, 12 minit sebelum wisel penamat, pemain gantian, Michail Antonio melengkapkan kemenangan buat West Ham dan membawa pasukan berpangkalan di London itu semakin hampir menjamin tempat di peringkat kumpulan.

    Reaksi Gianluca Scamacca meraikan gol sulung bersama West Ham untuk membantu kelab mencatat kemenangan 3-1 ke atas Viborg di playoff ECL. – Agensi

    “Gianluca mungkin merasa sangat gembira dan saya turut gembira,” kata penolong pengurus West Ham, Billy McKinlay yang menggantikan David Moyes kerana digantungkan.

    “Penyerang dinilai melalui golnya jadi berjaya membolosi gawang lawan dengan lebih awal merupakan sesuatu yang penting dan kami menjangkakan lebih banyak gol akan dihasilkannya.”

    Sementara itu, Villarreal, juara Liga Eropah 2021, berjaya menundukkan Hajduk Split 4-2.

    Stipe Biuk meletakkan Hajduk di hadapan pada minit kedua namun pasukan dari Sepanyol segera menyamakan kedudukan dan mendahului 4-1 sebelum separuh masa.

    Jose Luis Morales, menyumbat dua gol, jaringan sendiri dari Marko Livaja dan rembatan Gerard Moreno pada masa kecederaan separuh masa telah meletakkan Villarreal selesa di hadapan.

    Manakal gol sagu hati daripada Marco Fossati melalui sepakan penalti lima minit sebelum tamat perlawanan memberikan sedikit harapan untuk Hajduk bangkit dalam pertemuan timbal balik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...