West Ham gegarkan Spurs, naik tangga ke-4

LONDON, 25 OKT – West Ham naik tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 dalam perlawanan derby menentang Tottenham, manakala Manchester United dan Liverpool bersedia untuk aksi terbaharu saingan sengit mereka kelmarin.

Jaringan separuh masa ke-dua daripada Michail Antonio memberikan West Ham kemenangan liga kedua beturut-turut dan menumpaskan Tottenham, yang mengalami kekalahan kedua berturut-turut minggu ini.

Dikalahkan oleh Vitesse Arnhem dalam Liga Persidangan Europa pada Khamis lalu, Tottenham sekali lagi gagal mempamerkan aksi yang memberangsangkan ketika West Ham naik ke tangga atas kedudukan liga.

Aksi akrobatik Pablo Fornals memaksa usaha penyelamatan yang baik daripada penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris pada peringkat awal di stadium London.

Lucas Moura berada bebe-rapa inci hampir meletakkan Tottenham di hadapan apabila dia beralih untuk melepaskan tendangan yang melayang, manakala larian Son Heung-min berakhir dengan percubaan tendangan menuju penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski. – AFP

Reaksi pemain West Ham, Michail Antonio meraikan jaringan gol pembukaan dalam perlawanan EPL menentang Tottenham Hotspur di stadium London kelmarin. – AP