West Ham kekal terajui kumpulan H Liga Europa

PARIS, 22 OKT – West Ham menguasai Kumpulan H dalam Liga Europa hasil kemenangan 3-0 di gelanggang sendiri menentang Genk.

Craig Dawnson menjaringkan gol lewat pada separuh masa pertama sebelum Issa Diop dan Jarrod Bowen menambah dua gol sekali gus membantu The Hammers mendahului enam mata.

“Perkara utama ialah mendahului kumpulan. Perlawanan di gelanggang sendiri adalah sangat penting. Kami juga ingin menang di gelanggang pasukan lawan,” beritahu Bowen kepada BT Sport.

“Jika kami dapat bertahan, kekalkan keyakinan maka saya rasa pasukan lain akan gentar kepada kami. Kami mungkin pasukan yang perlu diberi perhatian. Kami mempunyai hanya beberapa perlawanan sahaja lagi untuk saingan piala utama,” tambahnya.

Dalam perlawanan lain kumpulan tersebut, Rapid Vienna menewaskan Dinamo Zagreb 2-1 untuk mencatat kemenangan pertama dalam kejohanan tersebut.

Reakis pemain West Ham, Jarrod Bowen meraikan gol bersama pemain pertahanan, Issa Diop selepas menjaringkan gol ketiga dalam perlawanan Kumpulan H Liga Europa menentang Genk di stadium London kelmarin. – AFP

Sementara itu, Lyon juga telah mempamerkan permulaan yang cemerlang dalam kempen Liga Eropah setelah bangkit untuk menewaskan Sparta Prague 4-2.

Pasukan Perancis itu, yang menamatkan perlawanan dengan hanya 10 pemain selepas pemain remaja, Malo Gusto telah diberikan kad merah dan ketinggalan 2-0 pada awal permainan.

Pemain Cameroon, Karl Toko Ekambi berjaya meledak dua gol. Manakala Houssem Aouar dan Lucas Paqueta dari Brazil masing-masing menjaringkan gol untuk meraih kemenangan.

“20 minit pertama adalah sangat sukar,” beritahu Haouar kepada RMC Sport.

“Kami mempunyai ramai pemain bakat bahagian serangan, jadi kami tahu bagaimana untuk menjaringkan gol. Ia membuktikan semua kualiti yang kami ada,” tambahnya. – AFP