West Ham layak ke peringkat kalah mati Liga Europa

LONDON, 5 NOV – West Ham layak di ke peringat kalah mati Liga Europa walaupun gol sendiri Tomas Soucek menyebabkan mereka kehilangan kemenangan dalam keputusan seri 2-2 menentang Genk kelmarin, manakala Leicester mempunyai tugas yang perlu dilakukan selepas terikat seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang Spartak Moscow.

Celtic memberikan peluang untuk mara ke peringkat 32 terakhir dengan menewaskan Ferencvaros 3-2 di Hungary, manakala Rangers juga perlu menggandakan usaha untuk bermain dalam dua perlawanan terakhir selepas bangkit dari ketinggalan untuk seri 1-1 di gelanggang lawan Brondby.

West Ham semakin hampir untuk menjamin kedudukan teratas Kumpulan H yang akan menempah tempat ke pusingan 16 terakhir, tetapi memerlukan Said Benrahma menjaringkan dua gol di Belgium untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Eropah.

Dalam perlawanan ke-1,000 dalam sebagai pengurus, David Moyes mengambil peluang untuk merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang kunjungan Liverpool ke stadium London pada Ahad ini dan ia membawa padah dengan permulaan yang perlahan apabila Joseph Painstil membuka jaringan untuk Genk selepas hanya empat minit.

Kemasukan Soucek, Pablo Fornals dan Jarrod Bowen selepas waktu rehat membantu mengubah rentak permainan.

Benrahma melengkapkan gerakan pasukan yang cemerlang untuk menyamakan kedudukan sebelum menggunakan kemahiran individunya untuk melepaskan diri dari pertahanan Genk dan merembat tendangan kencang di gawang terdekat.

Bagaimanapun, pasukan pelawat itu kehilangan mata buat kali pertama dalam kumpulan apabila percubaan tandukan Soucek menerjah gawang sendiri tiga minit sebelum tamat perlawanan.

“Ia adalah detik yang saya akan ingat kerana permainan ini akan sentiasa diingati untuk gol sendiri Tomas Soucek!” Moyes berkata pada mercu tanda peribadinya.

“Tetapi secara keseluruhan, saya teruja untuk mencapai perlawanan ke-1,000. Ia satu pencapaian yang hebat.” – AFP

Aksi pemain depan West Ham, Michael Antonio semasa menendang bola dalam perlawanan Liga Europa menentang Genk di stadium KAA Gent kelmarin. – AFP