Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    West Ham pulih, buru empat teratas

    LONDON, 4 APRIL – West Ham kembali bertanding untuk menduduki empat teratas Liga Perdana apabila Jarrod Bowen memastikan kemenangan 2-1 ke atas Everton yang menyebabkan pasukan pelawat berada dalam zon penyingkiran kelmarin.

    Pasukan David Moyes naik ke tempat kelima hasil kemenangan separuh masa kedua Bowen di Stadium London.

    Sepakan percuma dari Aaron Cresswell meletakkan West Ham mendahului pada separuh masa pertama sebelum Mason Holgate menyamakan kedudukan tidak lama selepas rehat.

    Bowen, kembali selepas sebulan berehat disebabkan kecederaan kaki, memulihkan pendahuluan West Ham dan berkesan mengeluarkan Everton daripada pertandingan apabila Michael Keane dibuang padang pada pertengahan separuh masa kedua.

    Kekalahan kelima Everton dalam enam perlawanan liga terakhir mereka menyebabkan mereka merana dengan hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.

    Pasukan Frank Lampard mempunyai dua perlawanan di dalam tangan bersama dengan pasukan ketiga bawah, Watford, tetapi rekod membanggakan mereka bermain di liga utama setiap musim sejak 1954 hingga 1955 kekal di bawah ancaman serius.

    Lampard secara terbuka mempersoalkan pemainnya selepas suku akhir Piala FA di Crystal Palace. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...