LONDON, 21 JUN – West Ham mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani pemain pertahanan dari Rennes, Nayef Aguerd dengan perjanjian yang dilaporkan bernilai AS$37 juta, termasuk beberapa bayaran tambahan, kelmarin.
Pemain antarabangsa Maghribi berusia 26 tahun itu menghabiskan masanya selama dua musim bersama kelab Ligue 1 Perancis, menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pasukan David Moyes.
“Saya berasa teruja apabila mendengar mengenai tawaran dari West Ham United,” kata pemain tersebut. “Apabila saya mendengar mengenainya, saya tahu saya perlu pergi ke Liga Perdana kerana ia adalah impian bagi setiap pemain bola sepak.
“West Ham adalah kelab bola sepak terbaik dalam sejarah. Saya menyaksikan beberapa perlawanan mereka tahun ini dan melihat penyokong-penyokong serta suasana perlawanan adalah sangat menakjubkan,” katanya lagi.
Moyes, yang pasukannya menduduki tempat ketujuh di Liga Perdana Inggeris musim lalu berkata bahawa Aguerd adalah salah seorang pemain yang menarik perhatiannya selama ini.
“Saya berasa gembira untuk menyambut kedatangan Nayef ke dalam West Ham United,” kata pengurus berkenaan. – AFP