LONDON, 27 Jan – Manuel Pellegrini berkata dia berasa ‘malu’ selepas skuad kendaliannya, West Ham United dikejutkan dengan kekalahan 2-4 di tangan AFC Wimbledon pada saingan pusingan keempat Piala FA, hari ini.
Pasukan Hammers mungkin menduduki tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris dan Wimbledon di tempat tercorot League One, namun ia tidak menghentikan semangat mereka mendahului 3-0 dengan Scott Wagstaff menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan Kwesi Appiah.
Bos West Ham, Pellegerini menurunkan pemain gantian Lucas Perez dan Felipe Anderson selepas rehat, dengan kedua-dua pemain itu berjaya menjaringkan satu gol untuk merapatkan kedudukan 2-3.
Walau bagaimanapun, pemain remaja Toby Sibbick menyempurnakan kemenangan pasukan itu setelah diturunkan sebagai pemain gantian untuk meledakkan gol pada minit akhir perlawanan.
“Adakah saya marah pada separuh perlawanan? Sudah tentu! Saya malu dengan mereka,” kata Pellegrini.
“Saya tidak menjangkakan permainan seperti itu. Sikap menentang lawan yang bermain liga bawahan tapi dalam bola sepak anda boleh tewas dua atau tiga gol.
“Mereka bermula dengan apa yang seharusnya kami lakukan dan apabila anda bermain pada tahap seperti itu dengan berbekalkan kualiti pemain, kami tidak berada di tahap yang sama,” tambahnya.
Marko Arnautovic diketepikan sepenuhnya berikutan keputusannya untuk berpindah ke China semasa musim perpindahan ini.
Namun, 10 minit selepas kekejutan itu, Hammers mengesahkan penyerang Austria telah menandatangani satu kontrak baharu, namun pihaknya tidak menyatakan tempohnya. – AFP


































