Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Westbrook aktifkan perjanjian bernilai AS$47j

    LOS ANGELES, 29 JUN – Pemain pertahanan Los Angeles Lakers, Russell Westbrook mengaktifkan pilihan dalam perjanjian untuk terus beraksi bersama kelab bagi musim 2022-2023 yang bernilai AS$47.1 juta, menurut beberapa laporan kelmarin.

    Pemain perancang berusia 33 tahun, yang juga pemenang anugerah MVP NBA 2017 dan All-Star NBA sembilan kali, akan memasuki penghujung kontraknya selama lima tahun yang bernilai AS$206 juta.

    Sebelum ini, Westbrook telah bermain untuk empat buah kelab yang berbeza dalam empat musim sebelumnya, mencatat kadar purata jaringan triple double dalam tiga musim terakhirnya bersama Oklahoma City sebelum ditukar pada 2019 ke Houston yang melibatkan Chris Paul.

    Westbrook juga memulakan kempen 2020-2021 bersama pasukan Rockets namun ditukar ke Washington pada Disember 2020 dan kekal bersama pasukan Wizards sehingga Ogos 2021 apabila dia ditukar ke Lakers.

    Musim lalu, Westbrook secara purata menjaringkan 18.5 mata, 7.4 rebound dan 7,1 assist sepanjang 78 perlawanan untuk Lakers, yang mengharungi musim mengecewakan dengan keputusan 33-49 dan terlepas peluang ke playoff, selain kecederaan yang dialami oleh pemain bintang, LeBron James dan Anthony Davis yang turut mencalarkan harapan untuk beraksi pada perlawanan post-seasonWestbrook, James dan Davis hanya beraksi bersama dalam 21 perlawanan pada musim lalu, The Lakers meraih keputusan 11-10 dalam perlawanan tersebut.

    Pasukan Lakers berharap untuk bangkit pada musim akan datang di bawah kendalian jurulatih baharu, Darvin Ham. – AFP

    Gambar fail Russell Westbrook semasa beraksi dalam perlawanan menentang New Orleans Pelican di Los Angeles, 1 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...